Monday, November 23, 2015

My convocation Day

Assalamuailaikum. Hi semua.

Okay. Excited sangat nak update blog kali ni.

MY CONVOCATION DAYYYYYYYYYYYYY!!!

Finally beb. Aku dah konvo!
Aku dah tak payah nak ngadap buku.
Aku dah BEBAS!
(Menari tongek- tongek)

25 Oktober 2015.

Tarikh keramat yang aku ingat sampai mati. Penat lelah belajaq 4 tahun akhirnya berbaloi. 
Alhamdulilah, Finally I graduated in Chemical Engineering with Honour.
Bersyukur yang amat Tuhan je yang tahu. Tak sangka aku berjaya lalui ini semua. Susah senang nak harungi sebagai student chemical eng. Tobat tak mau dah ambik kos ni. Nak sambung Master? 
Oh tidakkkk. Mimpi Ngeri.

Jom lah kita tengok gambaq cheq konvo ni.

Enjoy.


Senyum lebar dapat bunga ada bebear.






me with adik manja, maksu


me with acik


me with mama zahira




my souls.



zahira pon mai konvo makngah





Mak Ayah,

Angah tahu angah bukan anak yang baik. Angah tak mampu jadi yang terbaik tapi terimalah hadiah yang paling bernilai dari angah. Janji angah satu je untuk bahagiakan mak ayah. InshaAllah satu hari nanti angah akan kerja dan cuba bantu makayah. Kurangkan bebanan makayah Terima kasih kerana membesarkan angah. Terima kasih kerana bersusah payah hbiskan duit demi masa depan angah. Angah akan jaga mak ayah semampu bole. Terima kasih untuk segalanya. 

Kakak, adiks..

Terima kasih untuk meriahkan kehidupan angah. Terima kasih sentiasa ada untuk angah.

Terima kasih cinta.Kau buat ku bahagia.



Abg emi je xde sebab busy keje kalo tak msti dah cukup korum.

Terima kasih. Bye

GALA NIGHT 2015 - FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA

Assalamuailaikum. Hi

Okay..kali ni tahap kerajinan dah mai.So bole la nak update entri banyak2.
 Okay kali ni nak cite pasai Gala Night 2015. Actually ni dinner event for budak2 final year  masa kat UTM . Tak silap aku event ni bulan 5 (3.05.2015). Event ni konon2nya untuk meraikan budak2 final year before diaorang semua berambus dari UTM. Bajet2 sweet junior nak raikan senior la konon. Kihkihkhi..

Apa yang aku ingat,
For that night, everything just ok. Makanan ok persembahan ok. Terhibur la. Tapi kecewa sikit je  la sebab tak menang hadiah cabutan bertuah. Tak bertuah sampai ketua eh ko Tikah.. Aishhh

Okay, malas nk bebel banyak2. Korang enjoy the moment k.



Untuk dinner malam tu, aku just pakai simple2 je. Aku pakai jubah mak dari Mekah. Tudung bawal crepe ngan kasut kaler gold. Makeup pon simple2 je. 



kasi zoom skit..


me with si cantik raidah and si manis juaidal.


me with si comey ija.


me with my junior, Kimi


me with the bajets..kah


Abaikan lah aku..



my only friend.


nak kiss sikit..


me with the cantiks




me with kakak suraya.
 lah tika ko bajet nk jadi adik pla. psss..kitaorg sebaya.


me, juaidal, zulfi


me with safirah. Budak pandai



me and hanis





Thanks korang, sebab terima kekurangan tika. 


For junior2 yang handle this event, terima kasih banyak2 sebab korang susah payah nak buat event ni untuk kitaorang yang dah senior ni. Minta maaf kalo ada salah silap. Our last dinner together. Nice to know u alls. Lepas ni please keep in touch walaupon tika tak berapa ramah ngan korang semua.

Terima kasih SKKK. 

Bye..








Monday, September 14, 2015

Usaha..Tawakal

Assalamuailaikum... Hi semua

Apa Habaq?? Harap hampa semua sihat- sihat la no..makin bulat-bulat kehendaknye... kihkihkih

Lama tak update blog sejak- sejak dah habis study ni.. Makin busy kononnye... Hahahahaha
Alhamdulilah...aku berjaya juga habiskan degree ku ini dengan jayanya..cukuplah 3 kali dekan pointer cukup2 makan untuk dpat second upper class kan..tu pun dah ckup alhamdulilah la..Nak terkoyak kepala nk habiskan 4 tahun punya  belajar. Aishhh.
Bila dah hbis study ni memang lega. tak yah fikir lagi nak bangun awal pagi, mkan tak teratur, stay up smpai 2 3 pagi, keja assigment bertimbun, pegi kuliah, redah hujan..fuhhhh....L.E.G.A!!!!!!!!!!!!

Tapi bila dah habis study ni, sebenarnya banyak lagi benda penting yang nak kena fikirkan.Pasal masa depan especially. Apa planning kita selepas ni. Tak kan nak tanam anggur sampai ke tua. Sebenarnya memikirkan pasal kerja ni lagi penat dari belajar 4 tahun. (OK cheq menipu). 

Zaman sekarang tak sama macam zaman dulu. Sekarang nak cari kerja bukan senang macam dulu. Dulu bole la..kau apply jer terus dapat kan. Kalau sekarang kau apply pon 5 tahun kemudian pon kau belum tentu dapat..Hahahahahah. Tapi rezeki masing- masing kan. Ada yang apply hari ni esok dah start keja. Terpulang pada rezeki kan.

Untuk aku, aku yakin Allah swt dah tetapkan yang terbaik untuk aku. Mungkin Allah swt nak bagi yang terbaik untuk aku. Sebab tu aku tak pernah berhenti usaha, tawakal dan doa. Boleh dikatakan setiap hari aku apply kerja kosong, check email, tunggu panggilan interview tapi itulah bila kita cakap pasai rezeki ni. selagi belum rezeki kita kena la teruskan sampai kita dapat apa yang kita mahukan. Tak gitu??

Ini sesungguhnya  Allah swt  pernah bersabda:



Aku pegang dengan kalimah Allah swt ini sehingga kini. Sesungguhnya Allah swt yang Maha Menentu semuanya. Kadang- kadang kita dah planning baik punye tapi selagi Allah swt tak izinkan maka semuanya tak akan menjadi.

So, sambil- sambil tanam anggur kat umah ni,  aku buat la kerja apa yang patut. Kemas rumah, basuh baju, lipat baju, jadi babysister. So masa tak de la buang masa gitu jer. Kita membantu apa yang terdaya. Nak membantu dari segi duit kita tak mampu, so kita tolong dari segi fizikal.Hihihih.

Selagi aku tak miss solat 5 waktu, solat dhuha, solat sunat hajat dan doa yang tak putus-putus untuk Allah swt mempercepatkan rezeki aku, InshaAllah suatu hari nanti apa yang aku mahukan mesti Allah swt makbulkan. Sesungguhnya aku hanya mampu bersabar dengan dugaan yang diberikanNya ini. He know that I'm strong.

Niat dihati nak sangat bantu makayah dari segi duit. Kononnya, nak bagi setiap bulan duit belanja untuk mereka. Balas jasa baik makayah dan keluarga yang banyak membantu aku time aku susah. Tapi itu lah, aku tak mampu buat masa sekarang, tapi aku yakin someday aku mampu untuk balas jasa baik semua. Sesungguhnya niat yang baik Allah swt akan permudahkan. Aminnn..

Kawan- kawan, tolong doakan aku ye. Heeeee..

Ok lah..need to go. 

Jumpa lagi nnti. Bye                                                                                    Atikah Ali

Saturday, May 9, 2015

Selamat Hari Ibu

Assalamuailaikum...Selamat Pagi.

10 Mei adalah tarikh yang amat dinantikan sepanjang bulan Mei ni.. Sapa tak tahu memang nk kena babap ni.. Tarikh keramat ini adalah hari untuk meraikan semua ibu-ibu di dunia ni. So, kesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Ibu buat the only mom, my super gorgeous mom, wonderful mom, Puan Norlida Ibrahim.

Mak,

Terima Kasih kerana membesarkan angah.
Terima Kasih kerana banyak bersusah payah untuk angah
Terima Kasih kerana tak pernah jemu mendidik angah
Terima Kasih kerana menghabiskan duit untuk masa depan angah
Terima Kasih kerana sentiasa ada untuk angah

Mak,

Angah doakan mak sentiasa sihat. Angah tak boleh hidup tanpa mak disisi. Angah tak pernah jemu mendoakan kesihatan dan rezeki untuk mak.

Mak,

Doakan angah untuk menjadi seorang anak yang mampu menjaga mak kelak. Doakan angah juga berjumpa dengan seseorang yang boleh mendidik angah supaya menjadi seorang isteri macam mak nnti.

Mak,

Terima kasih untuk semua. Halal Makan minum angah.

Angah sayang mak dunia akhirat.


 


Ni la mak kitew..Omey kan..mcm titew..Kah!

SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI GURU BUAT MAMA TERCINTA.

Ikhlas dari anakmu,
   -Angah-

Tuesday, April 28, 2015

semakin hampir...

Assalamuailaikum...Hi semua



Ya Allah..pejam celik pejam celik lagi sebulan lebih je lagi aku kat UTM ni.Tempat yang banyak ajar aku susah senang hidup ni. Ajar aku bertapa sakitnya bila berjauhan dengan family demi menuntut ilmu yang tak seberapa ini. Yes! Aku admit.memang rasa sedih tu ada tapi rasa lega tu lagi bnyak kot. Aku berjaya harungi susah senang hidup sebagai student kat UTM ni. Memang aku tak sepandai orang lain tapi percayalah aku tak pernah berhenti sesaat pon untuk jadi yang terbaik. Semester akhir merupakan semester yang sungguh memenatkan. Pnuh dengan stressful, air mata, tido pkol 2 bngun pkol 6. tak pe..tu semua aku rasa sekarang je..nnti aku mesti rndu semua ni. Minta maaf sangat sape yang pernah terasa ngan diri ini. Apa boleh buat..Diri aku ni macam ni lah.. Sorry juga pada semua yang pernah jadi teammate aku.Ye..memang saya tak pandai seperti awak2 semua tapi usaha saya untuk membantu mungkin tidak mencukupi. Maafkan lah diri ini. T_T. Buat semua yang pernah jadi roomate, Thanks sebab tahan ngan perangai aku.I know bukan senang nak ngadap aku. Mood kadang2 kelaut. Sorry sebab terkutuk, termaki, tercaci, tergurau kasar, terbuat sakit hati. Ya Allah, teruknya hambaMu ni lahai. Patot la tak ramai kawan sekarang. Lonely!.

Cepat lah berakhir semua bebanan ni. Aku takut aku tak mampu nk handle lagi. Takut limit dah sampai kemuncak. Takut tak kuat.Takut aku jatuh dan tak de sapa nk tolong bngunkan.
Tabahkan hati Tika. Keep smiling and give your best!

Saturday, March 28, 2015

i wish i could say i love u

Assalamuailaikum...Hi semua..


Perhhh..tajuk entri kali bole kasi berdarah hidung ni..hhahahahhaa Tapi jangan salah anggap.. aku x kan cakap i love u kat pakwe aku pon..nyampah..Geli!

Actually...aku nak sangat cakap i love u ni kat ayah aku.. tapi dr kecik sampai besaq x prnah cakap pon.. Kami adik beradik semua takut ngan ayah.Kami x rapat ngan ayah macam org lain rapat ngan ayah diaorang.. Tapi Ayah kami baik..Garang tegas..kuat bebel sometimes tapi tu la yang buat kami sayang ayah sangat2. Tapi x berani nak luahkan..takut maluuu...

Ayah...



Betul orang cakap..Ayah memang x bnyak cakap.Tapi kami tahu dia sentiasa ada ngan kami.. Aku tahu bukan senang ayah nk sara 5 orang anak..Tapi kami x prnah rasa susah.Apa yang kami nak alhamdulilah kami dapat. Kadang2 rasa hina sangat bila fikirkan balik bila kadang2 aku marah majok ngan ayah sebab ayah selalu pkul kitaorg masa kecik2 dlu..Tapi bila dah besar ni bru kitaorg sedar..Ayah buat semua ni sebab nk kami jadi yang terbaik..Alahai malunya..

Ayah keja sebagai driver jer tp dia mampu bagi kami makan smpai debab2 semua anak2 dia.Hah! Ayah jarang sakit..kalo dia sakit pon dia x pernah tunjuk depan kami. Kalo ayah tido aku x bole tgok muka ayah..sebab nmpak muka ayah sangat penat. T_T

Terima kasih ayah..Untuk semuanya..Angah doakan ayah sentiasa sihat.

Nanti kalo kawen aku nk cari laki macam ayah! Muktamad!


                                                         
                                                          Ni King and Queen hidup saya!




Dapat kiss ayah! =P Abaikan bontot besaq tu.



Hensem kan ayah kitew...Hihihi..I love u Ayah...Please be healthy.. Tnggu angah kawen ye. Nak sangat ayah nikahkan bakal suami angah nnti...Nak feeling2 nangis mcm akak juga.KAh!!

Sayangilah Ayah sepenuh hati..Sebab tak de ganti bila kita dah kehilangan dia. 

Thanks sebab sudi baca. Muahhh                               

Atikah Ali.


Monday, March 23, 2015

When I'm talking about friends...

Assalamuailaikumm...Holaaaa.

Selamat Pagi semua..Pagi yg indah sgt hari ni... Ada bunyi pak cik tgh vacum sampah kat luar..lori sampah tgh kutip sampah..ada orang tgh panas kan motor vromm vroom kuat2..wah indahnya pagiku..hahahhaa

Lepas sarapan ngan corn flakes + susu.. terasa nak update blog pla.. Ngan ada kerepek ngan air green tea panas pula ni...best ni nk update...idea mencurah2 ..hihihihihi

Aku ni seorang yang tak ramai kawan..serius talk..aku tak tipu..bole bilang ja kawan2 aku ada berapa orang..Bukan sebab sombong ke apa tapi aku prefer ada less friend dr ada banyak kawan tapi ada time kita senang ja..bila kita susah no one..so no point kan to have many friends.. Sape2 yang dah jadi list friends aku tu maksudnya aku sangat selesa berkawan dengan kalian...so please terharu k!!


Zaman Sekolah


Zaman ni paling aku tak suka..kawan kejap ada kejap x dak..masa drjah 1 smpai drjah 4 aku tak ingat sapa kawan2 aku..serius talk..memang tak ingat. Lpas pindah sekolah..kena paksa pegi sekolah mak..time tu drjah 5 dan drjah 6..ank cikgu la katakan..kawan2 ramai la..budak hot time tu..tp lepas hbis sekolah rendah semua buat hal sndri ja..kadang2 ja tegur kat facebook..tu pon time birthday ja..huhuhu

Masa sekolah menengah aku tak ingat sgt kawan2 aku dr form 1 smpai form 3..rsa macam x dak.. aku prefer kawan semua tapi tak rapat sangat..tapi masa form 4 and form 5..aku ada bestfriends..kitaorg 4 orang.. aku..atin..safean and atul..dalam 4 org ni aku la paling noob and kelaut skit..atin student paling cemerlang dlm sekolah time tu..atul power add math..safean tip top agama..mai time aku krik krik..hahahahaha

Atin ngan safean dah kawen..Atul dah keja kat KL..aku je still pulun nak habiskan degree ni..sikit lagi..boleh2..hihihihi actually kitaorang pon dah lama x jumpa..last jumpa pon time kenduri atin...susah la nk jumpa bila status dah tak sama ni..huhuhu..tapi kami still contact sampai sekarang..


ni saidatul dan fatin..





time ni atin belum jadi isteri org lg..hihihi



cantik kan atin..time ni majlis nikah dia.


ni la safean..oppss..ibu safean k.





     Zaman Matrik


Time ni aku paling paling suka...kalau diberi peluang untuk kembali ke masa ni memang aku nk ke masa ni balik...Serius wei..Time ni aku tak stress langsung..enjoy je study..kawan2 pon sempoi.. Best! Thumbs up!

Kawan2 matrik aku pon satu kepala ngan aku.. kepala sewel! hahahahaa

Sapa lagi kawan2 aku kat matrik ni kalo bukan Mira Hassan, Alny and Pah blurr..hahahaha




ni la Alny..selalu bajet gorgeous! weekkss =P


saje letak gambar buruk ni sebab saya je nmpak cun.hah!




Alny, ni kalo mak mertua nmpak mst dia reject!


Bajet hot!


ni la pah...sory la trpaksa curi gmbar dia kat fb dia..sebab dah lama tak hang out ngan bdak ni.. busy memanjang..aishhh

Zaman Universiti

Untuk part ini aku kena buat entri special sebab bnyak sgt nk cerita..coming soon. so, tunggu!



Kawan memang penting..tapi tak semua bole dibuat kawan..kadang2 kawan yang mencorakkan siapa kita..kawan juga la mendidik kita supaya menghargai orang lain..

Tapi tak semua kawan menghargai kita..Kawan juga bole menjatuhkan kita..Terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya..Terima diri saya seadanya..

Buat yang pernah menjadi kawan saya..Terima kasih juga kerana pernah hadir dalam kamus hidup aku. Jangan pernah serik mengenali diri ini ye. Hehehe


Thanks semua sebab sudi baca..

Love u..                                                                                                                               Atikah Ali