Friday, March 14, 2014

tersentuh hati...

Assalamuailaikum semua..

entri kali ni just nak share 1 video yang sgat membuat aku tersentuh hati..menangis sepanjang aku menonton video ini..

video ini mengisahkan seorang ulama terkenal iaitu Ustaz Harun Din dimana beliau bermimpi berjumpa dengan Nabi junjungan kita, Rasulullah S.A.W... beliau menceritakan saat2 beliau berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. perasaan sebak yang dirasakan beliau juga dapat aku rasakan.. menitis air mata beliau ketika menceritakan detik2 beliau bersama Rasulullah..begitu juga aku yang menonton video ini..tanpaku sedar air mataku mengalir membasahi pipi.

 Ustaz Harun Din sangat bertuah kerana berkesempatan untuk berjumpa dengan Rasulullah S.A.W.. alangkah indahnya bila dapat bertemu dengan Rasulullah S.A.W walaupun hanya melalui mimpi.
setelah menonton video ini, terdetik dihati merindui Rasulullah S.A.W. sangat2 dan bilakah agaknya akan diberikan kesempatan untuk berjumpa dengan Rasulullah S.A.W.

aku hanya mampu berdoa padaMu Ya Allah, berikan kepadaku kesempatan untuk bertemu dengan Rasulullah S.A.W sepertimana Ustaz Harun Din pernah lalui. aku tahu aku bukan insan yang terpilih tetapi selagi aku masih menjadi hambaMu Ya Allah, aku hanya mampu berdoa padaMu.. Engkau Tuhan yang satu.

 Aminnn


hidup didunia hanya sementara..selagi diberikan kesempatan untuk hidup teruskanlah beribadat kepada Allah Taala.


untuk video penuh boleh ke link ini ye..
 ustaz harun din bertemu nabi muhammad
 

No comments: