Assalamuailaikum... Hi semua
Apa Habaq?? Harap hampa semua sihat- sihat la no..makin bulat-bulat kehendaknye... kihkihkih
Lama tak update blog sejak- sejak dah habis study ni.. Makin busy kononnye... Hahahahaha
Alhamdulilah...aku berjaya juga habiskan degree ku ini dengan jayanya..cukuplah 3 kali dekan pointer cukup2 makan untuk dpat second upper class kan..tu pun dah ckup alhamdulilah la..Nak terkoyak kepala nk habiskan 4 tahun punya belajar. Aishhh.
Bila dah hbis study ni memang lega. tak yah fikir lagi nak bangun awal pagi, mkan tak teratur, stay up smpai 2 3 pagi, keja assigment bertimbun, pegi kuliah, redah hujan..fuhhhh....L.E.G.A!!!!!!!!!!!!
Tapi bila dah habis study ni, sebenarnya banyak lagi benda penting yang nak kena fikirkan.Pasal masa depan especially. Apa planning kita selepas ni. Tak kan nak tanam anggur sampai ke tua. Sebenarnya memikirkan pasal kerja ni lagi penat dari belajar 4 tahun. (OK cheq menipu).
Zaman sekarang tak sama macam zaman dulu. Sekarang nak cari kerja bukan senang macam dulu. Dulu bole la..kau apply jer terus dapat kan. Kalau sekarang kau apply pon 5 tahun kemudian pon kau belum tentu dapat..Hahahahahah. Tapi rezeki masing- masing kan. Ada yang apply hari ni esok dah start keja. Terpulang pada rezeki kan.
Untuk aku, aku yakin Allah swt dah tetapkan yang terbaik untuk aku. Mungkin Allah swt nak bagi yang terbaik untuk aku. Sebab tu aku tak pernah berhenti usaha, tawakal dan doa. Boleh dikatakan setiap hari aku apply kerja kosong, check email, tunggu panggilan interview tapi itulah bila kita cakap pasai rezeki ni. selagi belum rezeki kita kena la teruskan sampai kita dapat apa yang kita mahukan. Tak gitu??
Ini sesungguhnya Allah swt pernah bersabda:
Aku pegang dengan kalimah Allah swt ini sehingga kini. Sesungguhnya Allah swt yang Maha Menentu semuanya. Kadang- kadang kita dah planning baik punye tapi selagi Allah swt tak izinkan maka semuanya tak akan menjadi.
So, sambil- sambil tanam anggur kat umah ni, aku buat la kerja apa yang patut. Kemas rumah, basuh baju, lipat baju, jadi babysister. So masa tak de la buang masa gitu jer. Kita membantu apa yang terdaya. Nak membantu dari segi duit kita tak mampu, so kita tolong dari segi fizikal.Hihihih.
Selagi aku tak miss solat 5 waktu, solat dhuha, solat sunat hajat dan doa yang tak putus-putus untuk Allah swt mempercepatkan rezeki aku, InshaAllah suatu hari nanti apa yang aku mahukan mesti Allah swt makbulkan. Sesungguhnya aku hanya mampu bersabar dengan dugaan yang diberikanNya ini. He know that I'm strong.
Niat dihati nak sangat bantu makayah dari segi duit. Kononnya, nak bagi setiap bulan duit belanja untuk mereka. Balas jasa baik makayah dan keluarga yang banyak membantu aku time aku susah. Tapi itu lah, aku tak mampu buat masa sekarang, tapi aku yakin someday aku mampu untuk balas jasa baik semua. Sesungguhnya niat yang baik Allah swt akan permudahkan. Aminnn..
Kawan- kawan, tolong doakan aku ye. Heeeee..
Ok lah..need to go.
Jumpa lagi nnti. Bye Atikah Ali