10 Mei adalah tarikh yang amat dinantikan sepanjang bulan Mei ni.. Sapa tak tahu memang nk kena babap ni.. Tarikh keramat ini adalah hari untuk meraikan semua ibu-ibu di dunia ni. So, kesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Ibu buat the only mom, my super gorgeous mom, wonderful mom, Puan Norlida Ibrahim.
Mak,
Terima Kasih kerana membesarkan angah.
Terima Kasih kerana banyak bersusah payah untuk angah
Terima Kasih kerana tak pernah jemu mendidik angah
Terima Kasih kerana menghabiskan duit untuk masa depan angah
Terima Kasih kerana sentiasa ada untuk angah
Mak,
Angah doakan mak sentiasa sihat. Angah tak boleh hidup tanpa mak disisi. Angah tak pernah jemu mendoakan kesihatan dan rezeki untuk mak.
Mak,
Doakan angah untuk menjadi seorang anak yang mampu menjaga mak kelak. Doakan angah juga berjumpa dengan seseorang yang boleh mendidik angah supaya menjadi seorang isteri macam mak nnti.
Mak,
Terima kasih untuk semua. Halal Makan minum angah.
Angah sayang mak dunia akhirat.
Ni la mak kitew..Omey kan..mcm titew..Kah!
SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI GURU BUAT MAMA TERCINTA.
Ikhlas dari anakmu,
-Angah-